Wednesday, September 4, 2013

The Re:Ed Project-- We're Up Online!

I recently did a newspaper interview for Harian Metro, which also turned out to be an online article. Both the newspaper article and online article are out! Below are what the few volunteers had to say. They paraphrased my part a lot, probably because my Bahasa sucks :/

But first time having my full name written in an online article and in the newspaper....ahhhh... :)))

First article on what the Re:ed volunteers do: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Berubahlepas3bulan//Article/index_html

Second article on what the volunteers have to say about Re:ed (My part included!) http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Bantucepatkuasaimatematik//Article/index_html#child  (Basically what I copied and pasted below)

To know more of what we do, visit https://www.facebook.com/thereedproject

Bantu cepat kuasai matematik


Bagi pelajar Ijazah Sarjana Muda Psikologi Universiti Help, Rashiqah Ahmad Raqi, 21, pengalaman menjadi tutor di rumah anak-anak yatim menjadikan dirinya lebih memahami cara me­ngendalikan pelajar yang kebanyakannya lemah dalam pelajaran.
Ini dapat dilihat ketika kali pertama bertemu secara lebih dekat, Rashiqah tidak terus membuat andaian yang mereka tidak mempunyai keinginan belajar tanpa menyelami perasaan dan masalah mereka terlebih dulu. 
“Memang benar selepas menjadi tutor Matematik untuk dua pelajar, saya dapati mereka mempunyai keinginan untuk belajar. Ini dapat dilihat sepanjang pengajaran, mereka memberikan tumpuan sepenuhnya dan menyelesaikan kerja sekolah dengan bersungguh-sungguh,” katanya. 

Berdepan pelajar yang tidak boleh mengira memberi cabaran kepada Rashiqah untuk memberi kefahaman dengan jelas kepada mereka.
Apa yang dilakukan adalah mengukuhkan asas matematik yang sepatut­nya sudah dikuasai. Kemudian dia memberikan latihan kerana menerusi­nya mereka dapat menguasai dengan cepat.

“Latihan Matematik banyak membantu untuk lebih memahami asas pengiraan seperti tambah dan tolak. Saya mengajar cara untuk cepat mengira dan memberi jawapan dengan cara mencongak. Bagi menguji kefahaman, ujian diadakan pada setiap peringkat dan sekiranya berjaya mereka akan dinaikkan ke tahap seterusnya,” katanya yang meng­gunakan buku bersiri Kumon Bend J tahap 1,2 dan 3. 

Mengakui menjadi pe­ngajar untuk pelajar buta huruf bukanlah sesuatu yang mudah. Selain bijak mengendalikan emosi, Rashiqah harus tahu sama ada mereka bosan atau tidak memahami apa yang diajar menerusi gerak bahasa tubuh. 

Jika kelihatan gelisah dan tidak lagi menumpukan perhatian, dia akan berhenti mengajar dan meminta pelajar berjalan-jalan selama 10 minit sebelum menyambung semula dengan aktiviti teka silang kata atau permainan menerusi komputer tablet. 

“Dengan cara ini mereka kembali bersemangat dan menumpukan perhatian mengenai apa yang diajar. Walaupun adakalanya timbul rasa marah sekira­nya pelajar masih tidak faham walaupun sudah diajar berkali-kali, saya harus bersabar kerana kaedah kekerasan sebenarnya tidak membantu malah akan menyebabkan emosi mereka terganggu. 

“Sebaliknya saya meng­gunakan sepenuhnya apa yang dipelajari dalam subjek psikologi ketika mengajar mereka. Ia sebenarnya sangat berkesan,” katanya. 

Anak bongsu empat ber­adik ini menjelaskan walaupun tidak menerima sebarang ganjaran, dia sangat gembira kerana dapat menghulurkan bantuan kepada golongan kurang berkemampuan. 

Melihat perubahan setiap hari dengan ada antara mereka sudah boleh membaca dan mengira dengan lancar, ia satu kepuasan yang sukar digambarkan dan lebih berharga melebihi wang ringgit. 

Pada masa hadapan, Rashiqah berharap lebih ramai sukarelawan tampil membantu pelajar meningkatkan pemahaman dan mengurangkan kadar buta huruf di sekolah. Pada masa sama dia ingin menjadikan pembelajaran sesuatu yang menyeronokkan dan bukannya paksaan. 

Kuasai skil membaca dan mengira 
Bagi Izram Haris Abd Hamid, 23, sifat suka mende­ngar serta membantu rakan yang sedang dilanda masalah antara ciri utama dia memilih jurusan psikologi di Universiti Help. 

Baginya, sebelum menolong orang lain dia harus memahami diri sendiri terlebih dulu dan ini banyak dipraktikkan menerusi aktiviti sukarelawan yang dijalankan bersama rakan lain. 

Dia bersama rakannya, Brian dan Pow ketika mula-mula merangka dan membuat perancangan mengenai Projek Re:ed mengakui, di Lembah Klang saja ramai pelajar buta huruf dan mereka memerlukan bantuan de­ngan cara menghadiri kelas pemulihan terutama mata pelajaran Matematik dan bahasa supaya perkara asas seperti membaca dan me­ngira mampu dikuasai dengan baik. 

“Menerusi Projek Re:ed ini sekurang-kurangnya tenaga sukarelawan yang sedikit ini mampu mengubah masa depan menjadi lebih cerah. 

“Bayangkan sekira­nya seorang pelajar dapat diubah dan dia pula akan menolong orang lain di kemudian hari, sudah pasti ia menjadi satu pusingan pendidikan yang positif sekali gus mampu memberikan sesuatu yang bernilai kepada masyarakat. 

“Walaupun usaha ini dilihat kecil, ia membawa makna yang besar bukan saja kepada pelajar tetapi sekolah, keluarga seterusnya negara,” katanya. 

Jelasnya, setiap orang dilahirkan sama dan berpotensi menjadi insan berjaya suatu hari nanti sekiranya mereka tahu cara menggerakkan nilai positif dalam diri mereka. 

Sama seperti pelajar ini walaupun realitinya mereka bermasalah dan buta huruf, siapa tahu pada masa depan mereka menjadi individu berjaya. Namun kejayaan pada masa depan banyak bergantung kepada hari ini dan cara mereka menguruskannya. 

“Antaranya adalah menerusi pendidikan iaitu dengan memberi kesedar­an mengenai pentingnya pendidikan pada masa depan. Mengubah nasib mereka hari ini dapat mengubah kehidupan pada masa akan datang. Ia juga langkah mengelak daripada masalah sosial yang kebanyakan dilakukan mereka yang tidak berpendidikan,” katanya yang akan mula mengajar pada 7 September ini untuk subjek Bahasa Melayu, Inggeris dan Matematik. 


Perbanyakkan kosa kata 

I cannot look at my face T-T

Pendapat yang sama turut diberikan Kelsey Wee Chie Shin, 21, yang menjadi tutor di SMK Tengku Idris Shah untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris. 

Dia sentiasa mengingat­kan diri supaya tidak melihat perkara negatif dalam diri pelajar sebaliknya mencari nilai positif supaya nilai yang baik ini dapat dikembangkan. 

Setiap manusia dilahirkan sama dan selepas menjadi guru kepada pelajar di sekolah ini, dia mulai sedar mereka bukanlah pelajar yang lemah sebaliknya banyak faktor me­nyebabkan mereka menjadi seperti sekarang. 

“Sebagai pelajar psikologi saya lebih memahami mengapa seseorang itu menjadi seperti dirinya hari ini, sama seperti pelajar di SMK Tengku Idris. 

“Mungkin masalah keluarga, kewangan dan persekitaran menjadi punca mereka lemah dalam pelajaran. Ini kerana selepas mengadakan kelas saya dapati mereka mempunyai keinginan untuk belajar dan bersungguh-sungguh membuat latihan,” katanya. 

Untuk subjek Bahasa Ing­geris, kelemahan pelajar dari segi memahami sesuatu perkataan. Perbendaharaan kata mereka sangat lemah, jadi Wee lebih memberi tumpuan kepada cara untuk memperbanyakkan kosa kata dengan membaca seberapa banyak buku Bahasa Inggeris. 

“Kali pertama mengajar saya sangat terkejut apabila ada antara mereka langsung tidak memahami perkataan yang mudah. Ini menyebab­kan saya terpaksa mengajar perkara asas supaya mereka lebih jelas apabila sudah berada pada tahap seterusnya,” katanya. 

Bagi mengelak pelajar bosan, dia cuba mempelbagaikan kaedah pengajaran dengan cara mengadakan permainan seperti teka silang kata serta memperbanyakkan penggunaan gambar. Menerusi kaedah ini mereka juga lebih tertarik untuk belajar. 

Lebih penting, mereka mahu datang ke kelas secara sukarela pada setiap minggu. Seperti sukarelawan yang lain, Wee juga tidak pernah mengharapkan ganjaran atas kerja amal yang dilakukan­nya. Sifat suka menolong sejak kecil menjadikannya seorang yang ikhlas dan sentiasa memenuhi keperluan mereka yang memerlukan. 

“Sejak kecil saya suka menolong orang terutama rakan yang memerlukan bantuan. Untuk Projek Re:ed, saya berbangga kerana dapat menghulurkan bantuan kepada pelajar ini. Melihat perubahan mereka daripada tidak boleh membaca kini semakin lancar, ia satu kepuasan yang sukar digambarkan. 

“Saya berharap Re:ed akan terus berkembang bukan hanya untuk satu atau dua sekolah, tetapi untuk semua pelajar yang menghadapi masalah buta huruf agar masa depan mereka lebih terbela,” katanya. 


No comments:

Post a Comment